Wednesday, September 3, 2008

Laporan Lawatan Ke Pesta Buku Di DBKL 2008

Pada 25 Julai hingga 3 Ogos 2008, Kerajaan Negara Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menganjurkan sebuah Pesta Buku. Pesta Buku tersebut diadakan di Kompleks PKNS, Shah Alam. Oleh itu, sekolah kita telah mengadakan sebuah lawatan ke Pesta Buku tersebut. Ini bertujuan untuk menamam minat membaca dan kesedaran tentang pentingnya sikap membaca di kalangan pelajar. Selain itu, mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar juga merupakan salah satu tujuan. Seramai 40 pelajar-pelajar telah menyertai dalam lawatan ini dan juga diiringi oleh 3 guru iaitu Pn. Norizan, Pn. Suneeta dan Pn. Shafinar.

Kita berlepas dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas yang ditempah oleh guru-guru yang berkenaan. Dalam perjalanan ke Pesta Buku di Shah Alam, pemandu bas memainkan sebuah video yang bernama Apocalysto. Video tersebut amat ganas dan ramai pelajar-pelajar amat terkejut. Tanpa kita ketahui, kita telah sampai di destinasi.

Selepas kita turun dari bas, kita semua berkumpul dan masuk ke dalam Kompleks PKNS. Terdapat sebuah pertandingan " Story Telling " dan kita semua menontonnya untuk beberapa minit. Selepas itu, kita diberi taklimat pendek tentang tempat berkumpul dan pukul berapa untuk berkumpul. Kemudian, kita dilepaskan dan kita berpeluang untuk berjalan ke arah masing-masing. Terdapat pelbagai kedai-kedai yang menjual buku-buku yang berbeza seperti novel, cerita, ilmiah, akademik dan agama.

Tambahan pula, terdapat juga murid-murid dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah lain. Pelajar-pelajar sekolah kita membeli pelbagai buku dan mereka menikmati segala masa mereka berada di situ. Malangnya, masa tidak berhenti dan telah sampai masa untuk berkumpul. Kita menaiki bas pada pukul 1.00 petang dan tiba di sekolah pada pukul 2.00 petang.

Kita semua bersetuju bahawa pesta buku ini memberi banyak faedah bukan saja kepada kita tetapi kepada guru-guru juga. Kita juga belajar buku juga boleh dijadikan teman hidup dan lawatan ini akan memberi kesan yang amat kuat dalam semua peserta-peserta dalam lawatan tersebut.

No comments: